Thursday, February 9, 2012

Fillet Dory with steam broccoli

Assalamu'alaikum~

Second post for this year :D

Ni lah orang bujang punya makanan, apa yang ada kat dapur, itulah yang dimasaknya, itupun kalau rajin. Dan tiba- tiba rajin datang, turun nak buat air, terbuat ni pula :p


Fillet dory celup tepung. Ala - ala fish n chips tu tapi xde chips, kita makan healthy sikit la ye, dengan broccoli steam. 

Resepi Fillet Dory celup tepung

1 keping fillet dory
1 cawan tepung gandum *
1 tbsp baking powder *
Air secukupnya ( jangan cair sangat, biar dia mcm likat sikit) *
Garam secukup rasa

Cara2nya :
1. Gaul bahan yang bertanda (*) sehingga sebati.
2. Biarkan adunan dalam 5-10minit.
3. Panaskan api.
4. Celupkan kepingan fillet dory yang telah dipotong pada size kecil.
5.Setelah api panas, masukkan kepingan yang sudah bersalut tadi.
6. Sedia untuk dihidangkan :)

Broccoli steam tu , steam macam biasa je ;)

Sesuai di makan bila - bila masa . Kalau buat size besar sikit , boleh jadi macam fish n chips tu :D
Tak yah dah beli mahal2 yang segera tu. 

Selamat mencuba! 

Rich Chocolate Moist Cake

Assalamu'alaikum Wbt..

Uhuk.. Hachum!! Ya Allah setahun tak update. Hehe. Busy lah. Bukan dapur tak berasap, tapi nak update banyak - banyak belog ni memang bukan kerja saya kan :p 

Tiba - tiba harini dalam sejarah lah kot terjatuh cinta nak baking. Entah dari mana datang, tiba - tiba je. Mungkin sebab orang yang selalu membaking dah semakin sarat , tiadalah bau - bau kek yang lazat. Ops. Padahal baru last week kot dia bake carrot cakes hehe. Tak apa lah, saje je nak cuba asah bakat terpendam, asyik duk takut je nak baking, sampai ke sud (bahasa utara bermaksud sudah) takkan pernah hilang. Hoho.

Jadi, dengan adanya sifu SyazwaniAdnan ni, maka Alhamdulillah dengan jayanya membakar kek chocolate yang sungguh lazat! Yummy. Kebetulan malam ni ada kuliah mingguan, so alang -alang mama terus order, dapatlah 2 loyang kan. Boleh la tu :)

Okay dah tak nak bebel, here we goes the recipe yang saya duk belek - belek dari semalam ;D





Bahan A
2 cwn tepung gandum/superfine
¾ cwn serbuk koko
2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil b.powder
Bahan B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan (saya guna butter)
1 cwn air panas suam
1 sudu besar coklat emulco
3 biji telur
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn A ke dlm bahan B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah atau sehingga masak.
Guna loyang 8x8 (syaz buat dapat 2 loyang, satu 8x8, satu lagi yang bulat mcm dalam gambar tu)

Sumber inspirasi : Kak Ita Masam Manis



Topping pula saya tak guna recipe kak Ita , saje nak buat recipe lain :)

Resepi topping

250gm Coklat masakan (hiris halus2)
1sudu makan butter/majerin
100ml susu cair

Cara2 nya :
1. Buat double boiler. Panaskan susu cair, jangan sampai gelegak pula ye.
2. Masukkan coklat masakan  sikit - sikit dan kacau guna whisker.
3. Masukkan butter/majerin dan kacau hingga sebati.




Janganlah bandingkan dengan akak tu punya kek ya? Haha. Memang jauh panggang dari api lah. Saya budak baru belajar. Tapi seriously cantik gambar - gambar kat blog akak tu. Saya ni nama je ada dslr, tapi malas nak guna dan tak reti pun lagi ambil gambar cantik cantik. Sobss. Takpe, gambar tak penting sangat, yang penting rasa :p (ayat penyedap hati)

Okay, selamat mencuba ye! Senang je ni dan confirm nak buat lagi nanti :D

Mama : Nak jual berapa ni kalau orang tanya?
Me : Err, buat ni pun dah nak pengsan tadi ,camane? ;p


Wednesday, June 2, 2010

Bread Pudding with vanilla sauce


[ tak cantik sbb xbuat kuah jadi pekat -_-']

Puding roti bakar (source: kwn atiqah)
Bahan utk dibakar :
12 keping roti .
2tin evaporated milk.
1 cwn fresh milk.
3 telur.
7-10 sudu gula.
4 sudu butter.
kismis
vanilla essence.

vanilla sauce:
2 cwn fresh milk
3-4 sudu custard powder
1/2 cawan gula/brown sugar
vanilla essence

simple je. mix semua mixture untuk pudding tu (except kismis).before bake, tabur kismis on top of the mixture. then bake dlm oven yg dah dipreheatkan at 190 degree celcius.
then tunggu 30-35 minutes.

untuk sauce tu, panaskan susu (tp jgn sampai boiling lah),then masuk gula and masukkan custard powder sikit2 sampai sauce tu agak pekat.Then, add few drops of vanilla essence so that bau sauce tu bestt. After that... SIAP!~

Monday, May 24, 2010

Ais Krim Goreng



Teringin nak makan ais krim goreng pulak. Bila search, tgk senang je. Terus buat malam tu jugak dan goreng esoknya. Loving it! :)


Bahan bahannya :

2 keping roti gardenia
1 skop ais krim hpa

Caranya :
1. Tekan roti bagi leper (dengan tgn pun boleh..)
2. Letakkan 1 skop ais krim atas sekeping roti.
3. Tutup roti tadi dengan sekeping roti lagi.
4. Tekap roti dengan acuan bulat ( syaz guna acuan telur benjo tu je)
5. Klip kan tepi ala - ala klip karipap
6. Sejukkan dalam peti sehari semalam
7. Goreng dengan minyak yang betul2 panas , lebih kurang 2minit je.

Tada, Siap untuk dihidangkan! ^_^

Sunday, May 23, 2010

Puding koktel berkuah

Lama betul tak update blog ni. Bukan dapur tak berasap, tapi sebab main campak -campak je, jadinya tak adalah yang beria nak ambil gambar dan tulis resipi kat sini. Hehe :D

Tengah cuti semester ni bolehlah nak main masak - masak kat dapur rumah gombak! eww. sangat best. Cuaca pulak panas - hujan mesia ni. Jadinya, masa cuaca panas best lah makan puding cocktail ni! sejuk je tekak rasa ^_^

Dah lama teringin nak buat, cuma baru sekarang berkesempatan :)

Puding koktel berkuah (kakzai)

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur-saya tak letakpun

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.


Selamat mencuba especially kepada atiyah!:P

Sunday, August 9, 2009

Nasi orang bujang ;)

Hari ni xkemana kecuali ambil barang di Bro Arts sahaja. Then, terus ke wasbudi untuk cari bahan nak masak - masak. Huhu. Lama xmasak - masak di dapur ni :D . Konon macam busy , kalah orang kerja! :P

Okay2, straight to the points. Masak simple sangat kali ni. Tengoklah menunya, Nasi putih, sotong dan udang masak paprik serta terung bakar bersama budu. Simple ke? mcm x je :P

Memula masak paprik (untuk 2-3 org makan)

Bahan2

Udang/Sotong/Ayam/Daging
Daun limau purut - 2 helai
Sos cili , tomato, kicap - secukup rasa
Air
Bawang putih - 2ulas
Bawang besar - setengah ulas
Tomato - sebiji
Bunga kobis- sesuka hati
Garam - secukup rasa

Cara2nya ;

1. Panaskan dapur, then tumis bawang putih.
2. Tuangkan sos cili, tomato, kicap, garam dan sedikit air. Kacau.
3. Masukkan udang/ sotong/ daging/ ayam.
4. Masukkan bunga kobis, tomato.
5. Tadaa! siap untuk dimakan ^.^



Terung bakar

Sebenarnya takde lah bakar sangat sbb bakar atas ceper tapi letak minyak sket. Hehe :P
Itu je, xyah resepi pun xpe kan? :)
Sebenarnya, blaja makan ni time duk kat kelantan dulu (skola). Ada senior masakkan, skali sedap! Tapi, ni sedih betulla takde tempoyak. Punya lah cari dalam peti ais tadi. Skali xjumpe kat mana. Huhu. Pasrah je la cicah budu je. Kalau ada tempoyak lagi best! Siyes, cube la~ :D



Tadaaa!~
Siap untuk dimakan! Lauk paprik tu bukan semangkuk tu je. Ada lagi dalam kuali. Tak habis saya makan tu. Ingat nak simpan untuk kakak, tapi dia macam balik lambat lagi. So, apalagi? Jom makan untuk malam pulak? Hehe :P

Oh ye, tu air apple alovera. Beli je oke. Bukan air teh. Saya tak brape gemar air teh sebab angin :)



Sekian, melaporkan dari dapur gerakan 51 yang banyak kucing meminta - minta di luar tingkap. Huhu.


Sunday, July 5, 2009

Kek Batik Simple

Salam 'Alayk semua :)

Saje je buat ni, lama sungguh x buat. Tahun lepas rasanya kali terakhir buat kek batik ni. Ala, simple sangat. 10-15 minit dah siap. Sape yang suka makan kek yang ada coklat tapi malas nak buat kek coklat, ha.. inilah yang palingggg mudah! Tak perlu oven untuk membakar, tak perlu pemutar untuk memutar. Hanya perlukan periuk dan dapur sahaja. As simple as we can do it lah ^__~


Tadaaa!~ Kan dah siap. Hehe.




Bahan - bahan nya :

1kati/paket biskut marie
250gram butter
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan nestum
1/2 cawan air
1/2 cawan gula


Caranya :

1. Cairkan butter dalam periuk. Api sederhana sahaja.
2. Masukkan semua bahan, satu per satu. Kacau hingga sebati. (Jangan biarkan, takut berketul pula)
3. Pecahkan biskut marie. Dan kacau hingga semua bahan tadi menutupi biskut.
4. Letakkan dalam loyang, sejukkan 20-30 minit. Masukkan dalam peti sejuk.
5. Tadaaaa!~Sedia untuk dimakan ^__^


Hidangan ini untuk 4-5 orang (depends)

Selamat mencuba! ;)